TV show results for: "Keith Foo"

Keluarga Pontimau (2015)

Rayyan (Dazrin Kamaruddin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. Lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu. Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Year started: 2015
Stars: Keith Foo  Marsha Milan Londoh  Amelia Henderson  Sean Lje  Yasmin Hani  Isma Daniel  Julia Ziegler  Kismah Johar  Jaslin Puasa  Akhmal Rizal  Jasmine Suraya  Nurul Fatihah Ali  Lee Yvonne  Angelin Tan  Esma Daniel  Dazrin Kamaruddin 
Creators: Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu)  Ashraff Zain  Sharmaine